Friday, June 22, 2012

sharing is caring:: petua menghilangkan bau badan



korang ada bau badan tak?
kawan-kawan korang ada bau badan tak?
tapi segan nak tegur. tak tau nak bagitau kawan tu pasal masalah ni. yelahkan takut dia kecik hati pulak nanti. tapi sebenarnya niat kita ni baik. nak wangikan apa yang busuk. nak sedapkan hidung orang sekeliling. nak selesakan badan dia sekali.kadang-kadang bau badan ni sampai boleh buat orang yang membau tu nak pitam.nak telan air liur pun tak boleh. sebab lubang hidung dah penuh dengan bau badan kawan kita tu.jadi air liur tersekat kat tekak....ini memeng dah kes berat.


orang yang ada bau badan ni dia tak bau tau bau badan dia. dia relaks je macam tak bau apa-apa. tapi kita yang berada di sekeliling dia ni yang akan mengadap bau-bau tu. biasanya orang yang berbadan besarlah yang selalu ada bau badan. tak kisahlah bau badan jenis tengit ke, masam ke, pahit ke apa-apa jelah janji bau badan. tapi yang berbadan kurus pun tak terkecuali dari menghadapi masalah ini.


aku ada petua nak hilangkan bau badan ni. memang aku dan family menggunakan dan mengamalkan petua ni sejak aku sekolah menengah. 


caranya:




1.mandi dengan air daun sirih.
ambil beberapa daun sirih yang fresh lagi baik dan ramas-ramaskan dalam tadahan air. dan mandi dengan air tu. ambil lebihan daun-daun sirih tu gosoklah  bahagian-bahagian badan buat macam kita gosok buih sabun kat badan kita. jangan lupa gosok daun sirih tu kat ketiak, leher , celah peha dan mana-mana bahagian yang selalu berpeluh. kemudian bilas dengan air bersih. lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah bau tu akan hilang. 






2. mandi dengan limau purut
pokok limau purut ni biasanya daun dia kita buat masak tomyam. buah dia orang tak buat masak. tapi orang buat berubat. buah limau purut ni juga mampu hilangkan bau badan. caranya pun sama dengan cara di atas. perah-perahkan jus limau purut tu dalam air dan mandi. gosok hampas limau purut tu ke badan. dan bilas guna air bersih. limau purut ni juga mampu hilangkan kelemumur.


buatlah selalu. kalau ada lagi bau tu buat lagi. sirih dan limau purut bukan susah pun nak cari. belakang rumah aku pun ada. kalau takde sila tanya jiran sebelah rumah.


mak dan kakak aku kan badan besar. dorang mengamalkan petua ni sejak aku sekolah menengah sampailah sekarang.dan hasilnya alhamdulillah berkesan.

elok juga untuk bakal-bakal pengantin.hilangkan bau-bau yang tak patut tu. yang takde bau badan pun elok guna petua ni. InsyaAllah bau-bau yang kurang menyenangkan ini akan hilang sepenuhnya kalau kita rajin.


p/s: kalau pakai minyak wangi akan memburukkan lagi bau badan yang sedia ada tu. sebab bau badan dah bercampur dengan bau wangi. baunya yang dihasilkan akan kurang menyenangkan. kalau tak percaya sila tanya kawan-kawan terdekat anda.












5 comments:

nadia arrumaisha said...

nice nice.......apapun daun sirih memang byk keistimewaan....

Kebahagiaan Hidupku said...

masa untuk lakukannya...jimat duit~;)
thanks

Hayati Buya said...

Nak tanye, yg daun sirih tu.. memang kene buat every week ke ? kalau dah tak buat lagi bau badan akan datang balik eh ?

honey beaute syahril said...

Terbaekkkk

Tuan Kalsum Tuan Ismail said...

sirih ni bagus sangat untuk wanita. (ikut petua orang2 tua)

Selain tips ni, jaga kebersihan dan jaga pemakanan pun sangat membantu :)

Hilangkan bau badan dengan herba

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails